Monday, August 23, 2010

satu lagi Penambahan asam Garam dlm kehidupan

Sudah lama tidak melakarkan ayat-ayat hatiku di sini..Tiba-tiba terdetik ingin berkongsi kisah suka duka selama beberapa bulan sebelum ini.

Pengalaman dan kenangan menjalankan tugasan sebagai pembanci.seperti yang telah di sebarkan di media Banci Perumahan Penduduk 2010 telah di jalankan 6 Julai -22 Ogos.Lebih kurang dua bulan menjalankan bancian.Bagi anum masa ni terlalu cepat berlalu.tup..tup..semalam dah 22hb ogos..alamak..banci ada yang tak settle lagi.Ini adalah angkara pembanci di bawah seliaan ku membuat onar (huhuhu).Dia tidak menyiapkan tugasan sepatutnya.Terpaksa pembanci menyiapkan tugasan dia.Harap esok akan selesai semua kerja-kerja banci ni supaya kehidupan ku kembali normal..ahaks...

Melalui kerja banci iatu soal selidik penduduk,kita dapat melihat pelbagai kerenah manusia ini,tersangat berterima kasih kepada penduduk yang memberi kerjasama.Maklumat yang diberikan adalah penting untuk pembangunan negara.Ada juga penduduk yang tidak memberi kerjasama,ada golongan yang berada yang tidak memberi kerjasama dan sangat sombong,kekadang hati berkata tak payah duduk kat Malaysia...Pembanci kami dihina,dimarah.Terima kasih kepada pembanci saya,kak Soleha,kak su,Vivian dan Ijat..kerana membantu saya menyelesaikan tugasan bancian ini..Setelah 53 tahun merdeka ada juga bangsa lain yang tidak faham bahasa melayu. Pelbagai kesukaran perlu dihadapi.
Ini merupakan pengalaman kehidupan sebagai menambahkan garam dalam kehidupan...

Baru-baru ini juga saya mendapat berita kurang mengembirakan iaitu Emak saya sayangi menghidapi sakit jantung tersumbat,kesian mak,sepanjang banci dah lama saya tidak pulang ke rumah.Mak nanti kak long balik ye..dan jaga emak.Alhamdulilah mak dlm keadaan sehat cuma kena banyak rehat dan tidak membuat kerja yang berat.Nanti emak akan buat pemeriksaan lanjut di Hospital Selayang,sedang tunggu temujanji dari doktor.Harap Mak sehat selalu.

Perniagaan taska ku juga ada dugaan,InsyaAllah akan ku mencari jalan penyelesaian.dengan harapan nanti akan bertambah baik...

"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita menangis,mencari dimana matahari?Rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI..."

No comments:

Post a Comment