Sunday, May 9, 2010

Hadapi segala dengan ketenangan

Pernahkah menghadapi kegusaran,keresahan dengan masalah,ujian2 kecil dan besar dr Allah.Bagaimanakah anda menghadapi semuanya? Suatu ketika dulu aku pernah mengalami segala dugaan sepanjang perjalanan kehidupan ini.kadangkala sukar untuk menerima kenyataan,sehingga terdetik menyalahkan takdir. Memendam sendiri tiada tempat mengadu hanya Allah yang mengetahui.
Syukur Alhamdullillah setelah menemui jawapan dan jalan yang sebenar,aku kini telah menerima segala dengan ketenangan.Setiap yang berlaku atas kehendakNya.,dan perlu meredhakan semuanya..dan membenarkan qada dan qadar Allah. Janganlah cepat melatah dan menyalahkan sesuatu atas semua yang terjadi.Kadangkala kita tidak sedar,sesuatu terjadi ada hikmah dan kebaikannya...

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Buat Mak ku yang tersayang...
Puan Noor Azian Yeop Ghazali
Terima kasih kerana telah menjaga,mengasuh ,mendidikku dan memberi kasih sayang kepada anak muselama hampir 29 tahun dan adik-adik ku (angah,afin ain,dan EE) tidak terbalas jasa yang mak telah berikan .
Semoga mak dan kita sekeluarga mendapat kerahmatan dan di beri bimmbingan dari Allah ke Jalan yang di redhaiNya.

Wednesday, May 5, 2010

Beri Laluan...saya nak lalu...

Kisah 1
Tadi masa dalam perjalanan pergi kerja ternampak seekor anak kucing berada di tengah jalan dan tidak berganjak..Emm mujur la pemandu lori tadi perasan,kalau tidak 'mati katak' le anak kucing tue. Harap anak kucing tersebut selamat melintas jalan.

Kisah 2
Di waktu petang pula nampak sekumpulan lembu melintas ,dengan penuh kehormatan para pemandu memberi laluan kepada lembu- lembu itu(hehehe dalam hati pemandu mesti bengang). Dimanakah pengembala lembu2 itu. Apakah undang2 boleh mengembala lembu di sekitar bandar?

Tuesday, May 4, 2010

Perasaan

Semalam penuh kegirangan,rasa kegembiraan fikirkan harapkan satu sinar harapan menjelma,segala ungkapan menjadi satu harapan.TETAPI hari ini ianya hilang begitu sahaja senyap tanpa jawapan yang pasti,aku terkapai-kapai menanti.Hanya persoalan di fikiran apakah peristiwa itu satu khayalan sedangkan ianya realiti terjadi.Umpama tiada apa-apa yang terjadi,sedangkan sebelum memberi kata-katanya memberi harapan.

Persoalan 'Adakah aku Perasan?' @ tidak Perasankah dia? @ tidak ada perasaankah dia?...

Satu,pertama,Permulaan..

Apakah permulaan kehidupan,kejadian,peristiwa kita pasti ada asal usul,yang menjadi sejarah dan sesuatu perkara yang di ingati. Segala yang pertama adalah perkara yang pasti diingati sampai bila-bila seperti hari lahir, ulangtahun, kejadian peristiwa yang buruk dan manis. Begitu juga saya hari ini pertama kali menulis,blog untuk di kongsi segala cerita,ceritera,kenangan,sejarah dan fakta.Harap kalian sudi menerima,membaca dan memberi kritikan membina untuk saya memperbaiki blog saya ini. (saya budak baru belajar kalau salah tolong ajarkan).