Tuesday, August 31, 2010

Alahai Berukband ku

Huh Patutlah beruband ku lembabs betui..terlebih sudah usage monthly huhu...
terima text message from celcom Number: 25222
Content:
Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ.Lantak lah layan aje lah kelembabpan berukband ku ini...nanti kena menambah perbelanjaan bulanan pula..eheh...

++++++++++

Cuti Merdeka aku tidak ke manapun,cuma menemani opah pergi shopping ke Riamoda(bersebelahan dataran Ipoh),opah kata ada sales (terpengaruh dengan flyers diletakkan dlm suratkhabar),harga dalam 20++.So tadi pergilah menemani opah bersama mak cik,[dlm hati malas nak keluar sebab mesti ramai org duk shopping raya].Setibanya di sana mujurlah tidak berapa sesak sangat,[komen sy di Riamoda ni x berapa best sgt nk shopping].Tikar harga 20++ hanya bersaiz kecil dan tiada pilihan,tapi opah sempat membeli 2 tikar buluh,yg nak digunakan raya nanti.
Selepas itu sempat juga kami menyinggah di Greentown Mall,[tempat shopping paling popular di Ipoh time raya]. Seperti dijangkan parking lot penuh di setiap sudut yg boleh diparking.Mak cik mencadangkan parking di bawah,Alhamdulillah ada kekosongan walaupun perlu menunggu seketika.

Kewujudan kedai2 menyediakan sakneka benda untuk kelengkapan hari raya seperti baju kurung,baju melayu,songkok tudung dan mcm2 lagilah.Memberi peluang kepada peniaga dan pembeli merasakan kemeriahan hari raya.Beruntung rakyat Malaysia masih dikurniakan rezeki dr Allah merasa nikmat membeli. Perkataan SALES di semua kedai mesti ada,walaupun tengok harga ada yg sama seperti biasa. Tadi tiada perasaan nak shopping sangat,rasa rimas untuk memilih dalam keadaan sesak.[Tapi tadi dah duk 'tenang' satu kasut,harap masih ada stok lagi lah].Peel saya kalo dah suka satu barang yg itu, juga yg akan dibeli,walaupun duk survey yg lain.nanti mesti beli juga kasut tue,..kasut idaman hatiku tunggu..Mmmmm, tunggu adik baliklah baru nak shopping utk raya ni,baru best..Teringat plak kalau kami berdua kekadang berebut nak beli yg sama,he3..bila balik rumah masing2 duk mencuba dan melaram,sebab kami berdua je perempuan.Itu aje lah nak di kongsikan..eheh..lepas ni nak list out barang nak shopping utk raya,harap gaji banciku dapat sebelum raya ni...huhu..

No comments:

Post a Comment